24 June, 2012

Abg Hazim Tak Serasi Dengan Susu S26 Gold & Snow Brand P7A+

Memula mama anggap apa yang berlaku tu biasa jer tapi lama2 mama perasan macam ada yang tak kena dengan abg hazim.. asal jer minum susu pasti abg hazim berak.. asal minum jer.. sebab tu mama tukar susu untuk abg hazim.. dari susu S26 Gold mama tukar ke Snow Brand P7A+.. susu ibu pun mama bagi jugak.. tapi masalah tetap sama..

S26 Gold RM57.90

Snow Brand P7A+ RM52.95

Aritu masa mama gi klinik, mama ada tanya kat nurse pasal abg hazim ni.. nurse kata kalau berak 4,5 kali bagi yang menyusu badan tu biasa.. tapi abg hazim ni takde lah menyusu badan sepenuhnya.. banyak lagi minum susu formula dari susu badan.. susu badan mama x banyak.. kesiankat abg hazim setiap kali minum susu badan..  mama tau abg hazim x puas.. tapi mama paksa juga sebab nak rangsang susu mama keluar banyak.. tapi still macamtu jugak.. minum susu badan pun kena bergilir..

Berbalik pasal abg hazim ni.. dah seminggu abg hazim berak setiap kali lepas minum susu.. kalau 7x minum susu 7x kalilah abg hazim berak.. kadang2 mencirit.. tadi mama bincang ngan abah.. nak bagi abg hazim cuba isomil pulak.. tak sabar nak bagi abg hazim minum isomil.. kesian abg hazim.. berat badan abg hazim tak berapa nak naik macam adik haziq.. semoga lepas minum isomil nanti abg hazim montel macam adik haziq jugak.. insyallah.

No comments: