23 June, 2011

Markah Karangan 42 - Hampir FAIL!


Termanggu kejap mama bila abang achap bagi mama kertas BM 2, apa yang mama harapkan hancur.. kecewa sangat2 mama time tu.. nak marah pun tak berdaya.. nak rotan apatah lagi.. tapi mama ambik paper tu, mama cari penyebab kenapa markah abang achap macamtu.. dan selesai baca, barulah mama faham satu perkara.. abang achap tak memahami soalan.. abang achap redah jer pasal laporan tu.. mama rasa terkilan sikit sebab ada salah mama di situ sebab tak ingatkan abang achap yang laporan setiausaha ada 2 jenis..

1. Laporan Persatuan dan
2. Laporan Lawatan..

Apa yang abang achap buat adalah laporan Persatuan.. kalaulah soalan tu nak wat laporan persatuan, sure abang achap dapat A untuk subjek ni sebab laporan abang achap buat tu penuh dan ikut format laporan yang betul.. xpelah.. mama dah bagi abang achap denda berupa menulis karangan laporan lawatan sebanyak 10x.. abang kerana denda tu abang achap tak boleh main kat luar, x boleh makan malam sama-sama sampai siap.. dan nampaknya abang achap dah belajar sesuatu di situ.. harapan mama, ujian akan datang, abang achap lebih berhati2..

Tapi mama tetap bangga dengan abang achap pasal PKSR 1 nih bila abang achap dapat markah tertinggi dalam kelas iaitu bagi subjek Sains dan Kemahiran hidup.. markah lain yang abang achap dapat A = Bahasa Arab, Agama Islam, yang lain-lainnya kebanyakkan B.. 70++.. dan untuk PKRS 1 2011 ni abang achap periksa no. 4.. dan mama yakin, kalau karangan abang achap ok, sure dapat no lebih baik.. tapi xpelah.. atleast abang achap dapat belajar sesuatu sebelum UPSR..

Apa-apa pun TAHNIAH sayang!

No comments: