10 May, 2010

Mama terpaksa..

Petang tadi masa hujan lebat, abah keluar dengan beg pakaian.. adik asik tanye mama jer abah nak gi mana.. sebolehnya mama tak mahu langsung bohong adik.. tapi kalau mama tak bohong, mama bagitau yang betul, sure adik nangis berjam-jam lama nya nanti.. dah la koridor mama banjir ngan air, nanti dalam umah pun sama banjir.. tak nak la mama.. mama tak tau la dah berapa kali adik tanya mama..

"mama.. abah nak gi mana?" sambil tarik tepi baju mama..

"abah nak gi work" kata abah cuma sembunyikan dari adik..

adik tetap tak puas hati.. adik macam selalu takmo pecaya apa yang abah cakap.. adik akan tanya mama balik... abah pun satu.. gi work benda nye bawak beg baju hehehe..

"mama..mama.. abah nak gi mana?" adik sebut berulang ulangkali..

"adik ni.. bingit la tinge mama adik asik tanya jer..".. marah aku lembut

adik tetap dengan kedegilan dia.. mama cuba tarik perhatian adik dengan cerita lain.. tapi adik pandai.. adik wat tak reti jer.. akhirnya mama mengalah..

"abah gi hospital, abah sakit.. nanti abah sihat abah balik k.." mama cuba terangkan keadaan separuh benar tentang tujuan abah usung beg tu..

"adik nak ikut!"

"tak boleh.. adik kene dok umah dengan mama.. doktor tak bagi adik pegi hospital.. adik ingat tak aritu adik ikut mama ngan abah gi jumpa doktor, doktor wat apa kat adik?

"doktor cucuk adik" terang adik sambil tunjuk tangan adik yang kena cucuk dulu..

"adik takmau kene cucuk".. akhirnya adik angkat bendera putih.. alhamdulillah..

Mama minta maaf yer adik.. mama bukan bermaksud tak nak bagitau hal yang lagi separuh benar tu.. tapi mama tahu kesan dia nanti..

Kalau mama bagitau adik yang abah pegi umah Pakcik/MCikDid kat Kulim.. habis la mama.. tentu adik meraung nak ikut sebab adik nak jumpa kak isya ngan adik sofea..

Abah gi umah Pakcik ngan Mcik Did sebab abah kene wat operation kat Kulim esok lusa ni.. maafkan mama k sayang..

Mama tengok abang achap releks jer.. abg dah besar.. dah boleh faham..

Sayang anak-anak mama.. muaaaaahss!!

No comments: