09 May, 2010

Hadiah untuk mama.

Dah lama juga mama tak update ent3 blog abg ngan adik ni.. biasa la mama busy menguruskan anak-anak mama kan :)

Hari ni mama nak citer pasal Hari Ibu.. Abang achap ada cakap sesuatu kat mama..

"mama, esok hari jumaat kan.. achap nak bagi hadiah kat mama" kata abg achap.

"aikk.. nape jumaat? nape tak ahad jer?" balas mama dengan senyuman meleret..

"mama tau ke achap nak bagi hadiah ni untuk apa?" soal abang achap..

"dah tentu lah mama tahu.. achap nak bagi hadiah tu kat mama sempena Hari Ibu kan?" teka mama..

"eeee... mama dah tahu.. takde la rahsia dah!" abg achap merungut sambil sengih..

"alaaa.. mama dah tahu lama dah.. aritu abg achap minta mama duitkan.. macam tahun lepas gak la kan kan kan.. " sambil cubit pipi abg achap..

itulah abang achap.. sentiasa ingat hari bahagia mama.. mama hepi sangat.. harap bila adik dah besar nanti, adik pun macam abang jugak.. sayangkan mama dan abah dan sentiasa nak bahagiakan kami..

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jadikanlah anak-anakku ini, anak-anak yang pintar, soleh dan berakhlak mulia. Semoga kelak dapat berbakti pada aku dan abahnya, masyarakat dan negara. Amin."