Mama minta maaf kat abang achap sebab mama ngan abah tak dapat benarkan abang achap ikut lawatan pergi ke Pusat Sains khamis ni.. apa yang mama ngan abah buat ni sebab kami sayangkan achap..kami tak nak achap terdedah dengan wabak H1N1 ni.. mama tak pasti kenapa sekolah abang achap boleh buat rombongan di waktu wabak h1n1 merebak merata-rata.. ada saje kematian dicatatkan ekoran penyakit ini.. macam mana mama nak biarkan achap pergi.. sedangkan abang achap nak main kat luar pun mama tak bagi inikan nak pergi ke tempat yang pasti bercampur dengan pelancong luar dan dalam negara.. mama takut apa2 terjadi kat abang achap.. memang mama tau ajal dan maut di tangan Tuhan tapi untuk apa kita gi cari penyakit kalau kita dah boleh hindarkan penyakit tu semua.. sebab itu Tuhan suruh kita berusaha..berusaha untuk kemajuan dan berusaha untuk kesihatan..
Walaupun kawan2 abang achap dibenarkan pergi, mama harap bila abang achap dah besar, abang achap paham kenapa mama larang abang achap pergi ikut lawatan tu.. mama sayang anak mama.. mama tahu penyakit ada di luar sana.. kalau mama benarkan seolah mama benarkan abang achap ditimpa penyakit tersebut.. Ya Allah ya Tuhan ku.. lindungilah anak-anakku dari sebarang penyakit yang merbahaya, hanya Engkau yang Maha Berkuasa dan Maha Pemurah dan hanya kepada Engkau tempat aku bermohon perlindungan..Amin.