Salam sayang,
Wah hari ni abang achap dapat basikal laa.. basikal baru tu.. Mak Lang yang belikan.. Mama ngan abah tak mampu lagi nak beli so maklang dah belikan syukukr alhamdulillah.. dah 2 tahun abang achap nak beli basikal.. mama ngan abah bukan apa, kami risau nanti abang achap nak main kat mane? takkan kat tingkat 2 nih.. kalau nak main kat bawah..kan ada banyak keter..ish..tu sebab mama ingat nak belikan lambat sikit.. Warna ape yer? hmmm..mama lom tengok lagi basikal tu.. semalam abang achap gi Care4 ngan Maklang.. so ni hadiah harijadi abang achap la nih... so abang achap kene rajin belajar.. tengok semua orang sayangkan abang achap.. apa yang abang achap nak, semua boleh dapat cuma lambat dgn cepat jerla dapat benda tu.. haa.. untuk adik, nanti mama belikan basikal kecik k..murah sikit huhuhuhu....
Sayang anak-anak mama..
29 June, 2009
25 June, 2009
Kenapa Mama Marah..
Berita semalam yang mama copykan kat bawah ni sebenarnya buat mama sedih.. mama ada juga marah abang achap kalau abang achap tak dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.. semua yang mama buat adalah untuk masa depan abang achap.. kalau abang achap tak belajar dan dapat keputusan yang baik, abang achap susah untuk menjadi contoh kepada adik dan juga abang achap susah mendapat pekerjaan yang baik pada masa akan datang.. mama nak yang terbaik untuk anak-anak mama.. mama harap abang achap faham kenapa mama marah adakala tu..---------------------->>>>>>>>
KUALA LUMPUR: Bimbang dimarah ibu kerana keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan, seorang murid lelaki tahun empat lari dari rumah sambil membawa adik perempuannya berusia lapan tahun dipercayai untuk mengadu masalah kepada ibu saudaranya.
Murid berusia 10 tahun itu dikatakan meninggalkan rumah sehelai sepinggang tanpa membawa satu sen wang dari rumahnya di Jalan Kuching, di sini, untuk berjalan kaki sejauh lebih 30 kilometer ke rumah ibu saudaranya di Cheras.
Kehilangan kanak-kanak itu mencetuskan trauma terhadap ibunya yang bimbang nasib sama dialami mangsa culik dan bunuh, Nurin Jazlin Jazimin, 8, lebih dua tahun lalu, berulang.
Ibu dua kanak-kanak itu, Sharmiza Zuleiman, 37, berkata kehilangan anaknya itu disedari kira-kira jam 9 malam Isnin lalu selepas dia pulang ke kondominiumnya di Taman Sri Putramas Jalan Kuching, di sini.
Dia yang baru pulang daripada kerja terkejut mendapati dua anaknya, Nadia Natasha, 8, dan anak lelakinya, Ahmad Zikry, 10, hilang dari rumah manakala pintu rumah dalam keadaan terbuka.
Menurutnya, dia panik mencari anaknya di bilik tidur dan dapur, namun kelibat dua beradik itu masih gagal dikesan.
“Berikutan bimbang keadaan kedua-dua anak saya itu, saya segera membuat laporan polis walaupun ketika itu kehilangan tidak sampai 24 jam. Sebaik membuat laporan polis, saya dan suami berusaha mengesan kedua-dua anak kami itu yang dibimbangi tersesat selepas keluar dari kawasan berhampiran.
Menurut Sharmiza, biasanya mereka akan pulang terus ke rumah sebaik selesai menghadiri sekolah agama sesi petang.
“Selalunya, dua anak saya itu akan berada di rumah selepas saya pulang dari kerja pada jam 6 petang, namun pada hari kejadian saya terpaksa pulang lewat berikutan banyak kerja di pejabat yang perlu diselesaikan.
“Usaha kami untuk mengesannya hampir menemui jalan buntu apabila saudara-mara dan datuknya yang dihubungi di Setapak turut memberitahu tidak melihat dua anak saya itu,” katanya yang bertugas sebagai pegawai bank.
Sharmiza berkata, dia bimbang anaknya diculik seperti kes Nurin Jazlin dengan menjadikan Zikry sebagai umpan untuk mendapat anak perempuannya.
Namun, semua kerisauan itu terlerai apabila seorang pegawai polis Sentul menghubunginya jam 11 malam kelmarin iaitu kira-kira 26 jam selepas kehilangan dua anaknya.
Menurutnya, pegawai polis itu memberitahu dua anaknya yang hilang itu sudah ditemui dan dijaga sementara seorang orang awam tidak dikenali.
“Suami saya kemudian mengambil kedua-dua anak di balai polis sebelum membawa mereka pulang. Sewaktu di rumah, barulah saya mengetahui kehilangan mereka akibat Zikry bimbang dimarahi berikutan keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan.
“Zikry yang mesra dipanggil abang mungkin bimbang saya memarahinya sebelum lari dari rumah dan merancang pergi ke rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Permaisuri Cheras,” katanya.
Menurutnya, Nadia Natasha turut memberitahu dia berhajat pulang semula ke rumah tetapi tidak dipersetujui abangnya yang masih mahu meneruskan perjalanan ke rumah ibu saudaranya.
Bagaimanapun, dua beradik itu ditemui orang awam yang simpati sebelum membawa mereka ke balai polis berhampiran.
Namun, identiti orang terbabit menjadi misteri kerana tidak mahu diketahui.
“Sehingga kini, saya trauma kerana insiden itu dan dugaan yang menimpa ini akan saya ambil sebagai iktibar,. Saya juga akan lebih berhati-hati dan mengambil tahu mengenai hal mereka dua beradik dari semasa ke semasa,” katanya.

15 June, 2009
Abang Achap Kembali ke Sekolah
Dah 2 minggu rupanya abang achap bercuti.. kejap jer rasanye 2 minggu tu.. tapi mama rasa abang achap mesti puaskan cuti ni sebab sebahagian cuti abang achap berada kat kampung ngan tok n tokwan.. sekarang ni masih awal lagi.. baru kul 6.43 pagi, abang achap lom bangun tido..tengoklah nanti time nak gi sekolah..sure banyak songeh abang achap tu.. kita tungguuuu..
12 June, 2009
Abang Achap dah balik..
Alhamdulillah abang achap ngan abah selamat sampai umah dalam kul 9.00 malam tadi.. seronoknya mama tengok adik mira..punyalah menjerit-jerit panggil abang achap.. jerit panggil abah.. berair mata mama tengok.. adik siap depa tangan lagi masa jumpa abang achap kat atas..adik nak peluk abang achap.. dah 2 hari umah mama sunyi dari jeritan adik.. malam ni adik macam lepas geram..jerit sane sini... malam ni buat pertama kali mama rasa, mama tak kisah adik jerit..jeritlah sepuas hati sebab mama tau adik rindu kat abang achap.. adik rindu sangat.. abang achap pun layan adik.. lagi la suka adik..jerit..jerit.. hihihii..
Pas abah mandi, abang ngan abah makan nasi goreng ayam yg mama beli kat pasar malam tadi.. adik pun sama la.. abang achap layan tv kejap pastu apa lagi..layan komputer la..dgn games online dia..kan umah tokwan takde internet..

05 June, 2009
Happy Besday Abang Achap
Hari yang dinanti abang achap dah pun sampai.. maka hari ni genaplah usia abang achap 9 tahun..alhamdulillah semoga abang achap dipanjangkan umur untuk menyambut hari lahir ini pada tahun depan dan seterusnya.. tapi hari ni abang achap takde... jamuan hari jadi abang achap terpaksa di tangguh pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.. kek yang mama dah tempah pun mama mintak tangguh ambik.. sampai abang achap balik.. macam biasa tempah tempahan kek anak-anak mama masih kat Secret Recepi.. kali ni maklang yang pegi tempah sebab mama sibuk jaga maksu ani.. cuma mama agak sedih gak la sebab terpaksa tangguh.. petang nanti kawan2 abang achap datang, mama terpaksa bagitau jamuan terpaksa di tunda sebab abang achap nak ikut Tok Teh balik kampung.. hmm..mama paham abang achap rindukan tok ngan tokwan.. abang achap memang rapat ngan tok n tokwan walaupun abang achap dok jauh sebab abang achap dulu time kecik-kecik mama selalu tinggalkan ngan tok n tokwan jaga.. takpe lah..nanti abang achap balik, insyallah mama set jamuan untuk kawan-kawan abang ahap k.. abang achap kat sane jaga diri baik-baik..jangan nakal2.. khamis minggu depan insyallah abah pi jemput abang achap balik..
Adik mira pulak..mama tengok makin cerdik..tapi lincah..ada aje keje dia..kalau adik dok diam-diam tu, baik pi jenguk..biasanya ada yang benda adik buat yang tak patut adik buat macam main minyak angin la..kuarkan tisu basah dalam pack la..bak kata jangan biarkan.. adik mira pandai terima arahan dan buat mengikut arahan.. sayang adik mira.. hmm ni abang achap takde sure adik suka buat perangai sebab takde kawan..tengoklah nanti..

Subscribe to:
Posts (Atom)